Tag Archives: usahawan gym

Gym atau Fitness Club Mana Yang Jadi Pilihan?

‘GYM’ ATAU ‘FITNESS CLUB’ MANA YANG JADI PILIHAN? 

NAK BUKA GYM?

Sebagai seorang usahawan ‘gym’ terutama ‘gym’ bersaiz kecil, seeloknya kita letakkan diri sebagai pelanggan untuk menilai sejauh mana pencapaian kita dalam membuka ‘gym’. Dengan cara ini, kita lihat apa yang ada di ‘gym’ sendiri. Kemudian tanyalah diri sendiri mampukah ‘gym’ kita memenuhi citarasa , menawarkan khidmat latihan senaman yang efektif, ada ruang dan suasana yang selesa, ada langkah-langkah keselamatan barang-barang pengguna dan semua pengunjung? Apakah ciri-ciri utama yang pelanggan lihat sebelum mendaftar di ‘gym’?

Pertama, jika kita adalah pelanggan yang baru nak berjinak dengan ‘gym’, pasti kita cari ‘gym’ yang nampak dari luar pun dah canggih walaupun kecil. Samada ‘gym’ di tingkat atas atau bawah, bila melintas ‘gym’, dah boleh nampak sedikit bagaimana suasana dalam ‘gym’ melalui dinding cermin samada selesa dan bersih.

gym lantai sinar

Kedua, jika kita tahu serba sedikit tentang peralatan ‘gym’, pasti kita cari ‘gym’ yang lengkap peralatannya untuk latihan setiap otot besar dan kecil. Walaupun kuantiti setiap satu peralatan tak banyak sebab tak cukup ruang, namun cukup peralatan untuk latihan asas, ‘gym’ ini pasti menjadi pilihan.

gym lelaki

Ketiga, di samping ciri-ciri penting di atas, kalau kita benar-benar ada target bila bersenam, tentu kita nak tambah ilmu di ‘gym’. Kita pasti lihat siapa pemilik ‘gym’, jika ada jurulatih lebih menarik, siapa pula pelanggan sedia ada untuk berlatih bersama atau bertukar pendapat, bagaimana bentuk badan fizikal pelanggan yang datang. Kita juga pasti perlukan tunjuk ajar, nasihat dan teguran sepanjang latihan di ‘gym’ supaya dapat teknik latihan yang betul dan selamat secara konsisten agar cepat mencapai target.

gym basikal

Keempat, dalam hal pemakanan pula, di samping kita disiplinkan diri dengan pemakanan seharian, kita juga perlukan seseorang di ‘gym’ yang boleh menasihat, bertukar pendapat atau memantau pemakanan dan kesihatan diri. Hal ini penting supaya kita tidak melakukan kesilapan dalam tempoh yang lama atau pun melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang. Bagaimana corak pemakanan yang kita jalani akan terus nampak kesannya pada bentuk fizikal.

gym lelaki 1

Dengan ciri-ciri ‘gym’ di atas, lihat kembali kepada ‘gym’ kita sendiri. Mampukah ‘gym’ atau ‘fitness club’ kita menjadi pilhan?